Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Nelayan Thailand Ditahan...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seorang tekong...

Pembedahan Otak Ubah Kehidupan...

LONDON  – Seorang model Playboy, Brit Kerri Parker yang menjalani kehidupan mewah akhirnya...

Bapa Rogol Anak 14...

JIJIK! Itulah yang boleh digambarkan apabila seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri. Kejadian...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan...

KOTA KINABALU - Berlanggar bahu ketika beratur selepas tamat waktu bekerja didakwa punca...

Google, Shell.. Kompeni Kerja Paling ‘Gempak’ Bagi Warga S’pura

SINGAPURA – Firma enjin carian popular Google dan syarikat minyak ternama Shell muncul sebagai pilihan utama kebanyakan rakyat Singapura jika diberi peluang untuk bekerja, menurut satu bancian agensi penjodoh pekerjaan, JobStreet.com hari ini.

Manakala syarikat penerbangan kebangsaan republik itu, Singapore Airlines; gergasi petroleum antarabangsa, Exxon Mobil serta firma pembinaan dan perkapalan terbesar Singapura, Keppel Corporation berada dalam kelompok lima teratas senarai itu.

Menerusi laman web JobStreet.com yang disiarkan, bancian agensi pencari kerjaya itu mendapati antara sebab utama warga Singapura memilih lima syarikat terbabit ialah reputasi organisasi berkenaan dan bukan kerana tarikan kepada faktor gaji ditawarkan.

Reputasi hebat syarikat berjaya membina jaminan kepada pencari kerja itu dan kemudian baharulah diikuti faktor faedah dan insentif yang meliputi jumlah jam bekerja anjal selain boleh bertugas terus dari rumah sendiri serta faktor ketiga ialah upah pendapatan.


Calon kerja juga meletakkan faktor keempat iaitu peluang latihan bagi pembangunan kerjaya dengan alasan, peningkatan tahap kemahiran mampu menambah baik prospek kerjaya dan faktor kelima ialah kenaikan pangkat dan jawatan tinggi selain jaminan kerjaya.

Kajian dilakukan secara talian oleh JobStreet.com itu melibatkan hampir 1,000 majikan terpilih daripada pelbagai sektor industri sama ada bertaraf tempatan dan antarabangsa di seluruh Singapura yang dijalankan sepanjang September lalu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori