Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KWSP Jual 1.02 Juta...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melepaskan pegangan 1.02 juta saham...

Sabotaj 52 Tiang Elektrik,...

PATTANI - Sebahagian kawasan di empat buah wilayah selatan Thailand terpaksa bergelap berikutan...

IPT Digalak Buat Kajian...

NILAI - Institusi pengajian tinggi khususnya yang mempunyai fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah...

Pembedahan Payudara ‘Tak Jadi’,...

KETIKA May Jeeranan menjalani pembedahan implan payudara pada Disember lalu, dia tidak pernah...

Taiwan Mahu Denda Ibu Bapa Biar Anak Main Tablet Lebih Masa

TAIPEI – Ketika masyarakat di Malaysia kecoh dengan cadangan menjadikan tindakan ibu bapa merotan anak sebagai satu jenayah di bawah konvensyen antarabangsa, lain pula hal di Taiwan yang mengambil tindakan lebih drastik bagi mendidik kanak-kanak.

Akhbar tempatan Neowin pada Isnin melaporkan, pemerintah negara pulau itu bakal memperkenalkan peraturan tegas waktu terhad penggunaan internet dan peranti elektronik seperti tablet atau telefon pintar bagi anak-anak bawah umur 18 tahun.

Peraturan tersebut menyatakan kanak-kanak berkenaan dilarang menggunakan gajet canggih secara terus-menerus dalam tempoh waktu tertentu; sama seperti larangan merokok dan minum minuman keras untuk remaja berusia 18 tahun ke bawah.

Larangan itu terpaksa dibuat ekoran banyak kes terbukti ia membawa kesan buruk pada perkembangan minda anak-anak apabila terlalu bergantung kepada internet sehingga tidak tahu bersosial dengan masyarakat atau bermain mengeluarkan peluh.

Bagi ibu bapa yang disabitkan cuai membiarkan anak-anaknya leka bermain telefon pintar atau tablet terlalu lama sekali gus mengakibatkan kanak-kanak itu menderita penyakit secara mental atau fizikal, mereka boleh dikenakan hukuman denda.


Pemerintah menyarankan pesalah dewasa itu akan didenda sebanyak 50,000 dollar Taiwan (RM5,700), namun peraturan tersebut masih dikaji termasuk penetapan jumlah had waktu ideal untuk kanak-kanak dibenarkan bermain gajet elektronik.

Jika dilaksanakan kelak, Taiwan menjadi negara pertama di dunia membuat peraturan kawal selia penggunaan alat multimedia untuk kanak-kanak atas alasan kesihatan ekoran trend penggunaan gajet elektronik yang kini semakin tidak terkawal.

Mengikut kajian ramai doktor pakar kanak-kanak yang diterbitkan jurnal American Academy of Paediatrics (AAP) baru-baru ini, bilangan masa diizinkan sesuai untuk kanak-kanak menggunakan peranti itu tidak lebih daripada dua jam sehari.

Penyelidikan lanjut oleh AAP itu turut mencadangkan agar ibu bapa tidak menyediakan sebarang set televisyen atau gajet elektronik di dalam bilik tidur anak-anak kerana ia boleh mengganggu proses tumbesaran kecerdasan otak kanak-kanak. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori