Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Jerebu: Jokowi Jamin...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Ketua Bencana Nasional Indonesia tempoh selama...

Demam Aplikasi, ‘Tangkap’ Pokemon...

PERMAINAN aplikasi terbaharu Pokemon Go! yang diperkenalkan dengan menggunakan teknologi Alternate Reality (AR)...

Melaka Rancang Bina 40...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka merancang untuk membina sebanyak 40 buah masjid dalam...

Ketagihan Internet Jejaskan Kehidupan...

KUALA LUMPUR - Ketagihan internet dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja boleh mendominasi kehidupan...

Trend Sushi Burger Kian Viral Di Instagram

ADAKAH anda pencinta burger dan pada masa sama juga menggemari makanan Jepun? Tetapi bingung untuk mendapatkan dua perkara dalam masa yang sama.

Usah khuatir lagi kerana burger telah mengalami evolusi baharu iaitu diperbuat daripada sushi yang hangat diperkatakan di laman sosial Instagram sekarang ini.

Berbeza burger sedia ada di pasaran hari ini, sushi burger merupakan makanan yang sihat kerana bahan asasnya seperti sushi tetapi mengalami perubahan dari segi bentuk dan beberapa bahan lain digabungkan bersama.

Kini sushi telah bertukar dari satu hidangan malam yang mewah kepada sajian tengah hari yang mendapat perhatian orang ramai.

Bermula dengan bentuk bulat dan empat segi kini sushi boleh didapati dalam bentuk seperti burger dengan pelbagai variasi inti.

original

Antara gambar-gambar sushi buger yang terdapat di laman Instagram;

8a490e2be5d74d5fa8c68b1d715a0192

enhanced-21021-1459382986-1


flying-bulgogi-n-j-cafe-024

sushi-burger

SushiBurger_iBurger

Antara nasihat yang dikongsikan oleh kebanyakan blogger makanan, cara terbaik untuk menikmati sushi burger adalah dengan menggunakan pisau dan garpu.

Ini kerana seperti diketahui umum sushi adalah sangat rapuh dan mudah terburai. Selamat mencuba dan menjamu selera! – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori