Seminar Saham Perkasa Bumiputera Yang Dinantikan

Dato’ Dr. Nazri Khan Adam, pakar pelaburan saham yang banyak terlibat dalam seminar saham tempatan.

SETELAH berjaya menarik kira-kira 7,000 peserta menerusi 11 kali program, Mentor Pelaburan Saham No.1 di Malaysia, Mohd. Asri Ahmad sekali lagi muncul untuk siri berikutnya dalam Seminar Dunia Pelaburan Saham yang akan menjelajah ke banyak tempat tidak lama lagi.

Seminar Dunia Pelaburan Saham
Seminar Dunia Pelaburan Saham

Program tersebut khusus untuk memperkasakan penyertaan pelabur bumiputera yang belum luas dalam bidang saham di Malaysia serta masih dikuasai pemain-pemain bukan bumiputera selain mengukuhkan inisiatif pertumbuhan pelabur Bumiputera di Malaysia.

Ia juga adalah selaras dengan agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau semasa pembentangan Bajet 2014 dalam usaha memperkasakan kuasa ekonomi Bumiputra melalui penglibatan aktif pegangan ekuiti tempatan.

Sehubungan itu, penganjur program tersebut akan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan seminar berkenaan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari esok.

Sidang media tersebut akan dibuat oleh Naib Presiden Pertama Ketua Strategi Peruncitan Affin Hwang Capital, Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam yang juga terlibat dalam program seminar bersama-sama dengan ikon saham, Tuan Haji Mohd. Asri.

Loading...