Resepi Ubat Batuk Buat Sendiri Paling Senang & Mujarab

Batuk adalah salah satu penyakit yang amat mengganggu dan memenatkan jika ianya berterusan dalam tempoh yang agak lama.

Penyakit ini juga sememangnya amat perit dan menyakitkan anak tekak hingga ada kala menguji kesabaran seseorang.

Sebagai jalan penyelesaian, pastinya ubat batuk jadi harapan untuk menyembuhkannya.

Hah, ini ada resepi bagi menyediakan sirup ubat batuk yang amat mudah dan mujarab!

Tambahan pula, bahan-bahan ini sangat mudah didapati iaitu hanya menggunakan 4 sudu minyak zaitun, 10 sudu madu dan 3 sudu air lemon.

Anda hanya perlu campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam periuk kecil dan didihkan dengan api yang perlahan.

Selepas selesai bolehlah disejukkan dan disimpan di dalam botol.

images (8)

Jangan memperkecilkan keajaiban tiga bahan ini, kerana sememangnya bahan-bahan ini mempunyai kelebihan dan keberkesanan tersendiri.

Minyak zaiton dapat meredakan sakit batuk dan berkesan mencegah keradangan di tekak. Manakala, madu mampu meredakan batuk dan memberi tidur yang lebih nyenyak. Air lemon pula sebagai pereda radang tekak paling efektif.

Ubat batuk ‘DIY’ ini juga dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan. Tetapi sebelum digunakan, panaskan ubat batuk tersebut terlebih dahulu.

Ubat ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, dan tidak memberi kemudaratan kepada pesakit yang mempunyai penyakit alergik kepada bahan kimia.

download (5)

Cubalah, memang senang! – MYNEWSHUB.CC

Loading...