Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Buang Bayi Tepi Ladang...

Pendang : Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru lahir ditemukan berselimut kain batik...

Kadar Bayaran Baharu Lesen...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih dalam peringkat kajian dalam menetapkan kadar...

Kantoi Playboy, Datuk Red...

DATUK Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang sedang mencetus sensasi...

Usul Masjid WP Diangkat...

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin, Masjid Wilayah Persekutuan dengan...

Perodua Myvi VS Proton Iriz.. Mana Satu Lagi Ngam?

SEPERTI diketahui, Model facelift Myvi terbaharu keluaran Perodua telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Januari baru-baru ini.

Demi bersaing dalam arena kereta kompak, Proton juga dilihat tidak ketinggalan melancarkan model Iriz pada tahun lepas.

Ramai pengguna teruja dengan kelebihan Iriz yang hadir dengan transmisi CVT dan juga ciri-ciri keselamatan yang sangat hebat.

Namun model facelift Myvi yang baharu ini juga menerapkan ciri-ciri keselamatan terkini selain menampilkan penambahan dari segi aksesori.

Apa pun, jom kita lihat perbandingan antara dua kereta kompak berjenama negara ini.

Powertrain-Comparisons-640x219

Melihat spesifikasi di atas, ternyata enjin yang digunakan pada model Proton Iriz mampu menghasilkan lebih kuasa pada RPM yang lebih rendah.

Myvi pula nampaknya masih mengekalkan enjin 1.3 K3-VE dan 1.5 3SZ-VE seperti mula-mula ia diperkenalkan.

Dari segi transmisi untuk sistem manual, kedua-dua model menawarkan transmisi manual 5-kelajuan.

Manakala bagi transmisi automatik Myvi mengekalkan transmisi automatik 4-kelajuan yang asal sementara Iriz menampilkan transmisi automatik CVT.

Perbandingan Bahagian Dalaman


myvi

Bahagian dalaman Myvi lebih kurang model sebelum ini cuma ada sedikit perubahan dari segi infotainment, beg udara yang dipasang berasingan dengan dashboard, instrumen kluster berbeza dan ditambah beberapa lagi aksesori.

myvi
Ruang untuk keselesaan kaki di seat belakang Myvi (kiri) lebih luas tetapi seat Iriz lagi selesa kerana boleh dilaraskan.

Iriz pula kelihatan memberi penampilan lebih moden. Tidak banyak aksesori diberikan tetapi boleh dikatakan memadai bagi kereta mampu milik sepertinya, dengan segala keperluan asas tetap dikekalkan.

Harga

hargaaa

 

Harga kereta termasuk insurans di atas jalan yang ditawarkan bagi setiap varian Perodua Myvi dan Proton Iriz adalah seperti di atas.

Jadi mana satu jadi pilihan anda.. agak-agak mampukah Myvi mengekalkan statusnya sebagai Best Model of the Year oleh Frost & Sullivan? -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori