Penggodam Web MAS Mahu Dedah Kandungan Emel Digodam?

PENGGODAM yang mensabotaj laman web Malaysia Airlines (MAS) pada Isnin, kini dikatakan merancang untuk mendedahkan kandungan email yang berjaya digodam mereka.

Amaran tentang perkara ini dikatakan diberi menerusi satu tweet daripada akaun The Lizard Squad berbunyi, “More to come soon. Side note: We’re still organizing the @MAS email dump, stay tuned for that.”

MENARIK – Laman Web MAS Kena Godam, Mungkinkah Kerja ISIS?

TweetGodamMAS

Laman web MAS digodam kira-kira pukul 10 pagi diikuti serangan siber kedua pukul 10.25 pagi, pada Isnin.

Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan kejadian itu namun menyatakan sistem web mereka berjaya dibetulkan semula dan kembali normal.

“Malaysia Airlines mengesahkan Sistem Nama Domain (DNS) telah diceroboh, di mana pengguna diarahkan ke laman web penggodam sewaktu URL www.malaysiaairlines.com ditaip,” ujar MAS dalam kenyataan media berhubung perkara ini. -MYNEWSHUB.CC

Senarai 10 Penggodam Paling Dahsyat Di Dunia

Loading...