Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AS Kenakan Sekatan Ke...

WASHINGTON - Amerika Syarikat bercadang mengenakan sekatan ke atas ahli perniagaan Russia minggu...

PRN Johor Tidak Boleh...

TANGKAK: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh ditangguhkan berikutan pembubaran Dewan Undangan...

Kerajaan Wajar Timbang Semula...

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula...

Blogger Ditahan Buat Fitnah,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang blogger hari ini kerana dikatakan membuat kenyataan...

Video Dengan Mesej Muhibah Daripada Pakcik Jamil

Dalam kesibukan masyarakat India membuat persiapan menyambut ketibaan Pesta Cahaya esok, sebuah video pendek, ‘Nothing Greater Than Being Malaysian’ yang memaparkan kepetahan seorang warga emas Melayu fasih berbahasa Tamil, membawa kegembiraan kepada komuniti Internet dan media sosial.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan merupakan seorang daripada mereka yang memuat naik video itu, sejak 13 Oktober lalu yang dikongsi 22 kali dan menerima 49 ‘Like’ di akaun Facebooknya.

Dalam video ini seorang pemilik gerai berusia 75 tahun, Jamil Mohd Yusuf yang fasih berbahasa Tamil, bercerita tentang cinta zaman dahulu dan sekarang.

“Melayu, Cina dan India dahulu hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama… gembira betul.

“Ibarat kasih sayang antara ibu dan anak, tetapi sekarang lebih kepada kenalan,” katanya dalam bahasa Tamil.


Ucapan Pakcik Jamil yang spontan dan bersahaja itu sarat dengan mesej yang sangat bermakna dan beliau layak kami gelarkan sebagai ‘Rakyat Malaysia Tulen’.

Syabas Pakcik Jamil dari kami di MYNEWSHUB.

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori