Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dah Lama Impi Lakon...

SETIAP pelakon pasti mahukan kelainan di dalam setiap karya mereka. Kalau setiap kali...

Azmin Dijangka Bertanding Di...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua...

‘Penyamun’ Minyak Masak Paket...

HANYA memikirkan keuntungan, ada segelintir peniaga tamak sanggup memindahkan minyak masak paket bersubsidi...

Malaysia Akan Terus Mohon...

YAN - Malaysia akan terus memohon kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota haji...

Matinya Sebuah Perbualan, Kesan Telefon Pintar Kepada Kita

Tidak dapat dinafikan, telefon pintar merupakan keperluan bagi setiap orang sekarang ini.

Amat terasa sukarnya jika tiada peranti ini di tangan kita sepanjang masa.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa penciptaan peranti pintar ini hanya merenggangkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama kita?

Jika dilihat sekarang ini, dalam majlis keramaian sekalipun pasti kebanyakan orang mengutamakan peranti pintar daripada berbual sesama sendiri, lebih-lebih lagi golongan remaja.

Mereka lebih rela dan sudi menghadap telefon daripada bertanya khabar secara berdepan.

Kesudahannya, apabila sudah berada di rumah nanti barulah sibuk-sibuk nak ber-Whatsapp, WeChat dan Facebook untuk bertanya perkembangan semasa yang tak sempat ditanya semasa berjumpa.

Itulah realiti kehidupan masa kini, menyedihkan kerana manusia semakin tidak menghargai hubungan sebenar dan lebih suka berinteraksi di media sosial.

Diakui, penulis juga kadang-kadang selesa begitu tetapi hal sebegini perlu dibendung segera sebelum melarat.

Apa salahnya sewaktu meluangkan masa bersama, kita abaikan sebentar telefon dan fokus kepada siapa yang berada bersama kita ketika itu.

Hargai hubungan yang kita miliki sebelum terlambat dan itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Babycakes Romero dalam setiap gambar yang dirakamnya.

Saksikan…

a


aa

aaa

aaaa

aaaaa

aaaaaaa

aaaaaaaa

aaaaaaaaa

aaaaaaaaaaa

 

Sumber: BoredPanda

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori