Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

463 Kes Kematian Akibat...

PUTRAJAYA - Terdapat 463 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, menurut laman sesawang CovidNow yang...

Lepas Sofi, Pihak Polis...

KUALA LUMPUR - Pihak polis berjaya mengenal pasti dua lagi individu disyaki terlibat...

Fouziah Gous Hitung Hari,...

PASTINYA tiada apa yang lagi menggembirakan hati seorang suami selain dapat tahu bahawa...

Penganggur Bunuh Budak Berdepan...

KULAI - Seorang pengganggur berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Mata Sepet Punca Pasport Lelaki Ini Lewat Proses

WELLINGTON – Richard Lee merupakan lelaki berketurunan Asia yang sudah lama menetap di New Zealand. Semasa mahu memperbaharui gambar pasport, permohonannya ditolak pihak imigresen.

Rupa-rupanya, sistem pengenalan wajah pada laman sesawang jabatan tersebut mendakwa gambar lelaki berkenaan telah ditolak kerana kekeliruan imej pada kedua-dua belah matanya yang amat sepet kelihatan seperti tertutup rapat.

Namun pada hakikatnya Lee memang tidak pun menutup mata, malah dia sudah pun ‘terpaksa’ membuka habis dua kelopak matanya itu sebesar mungkin, menurut laporan disiarkan oleh media tempatan baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku ketika Lee yang juga dikenali sebagai Richy Fancy berhasrat kembali ke Australia selepas perayaan Krismas bagi menyambung pengajian kejuruteraan aeroangkasa dan pengurusan perniagaan.

Baca: Perancis Larang Foto Muka Senyum, Sedih Dalam Pasport

Mata Sepet Punca Pasport Lelaki Ini Lewat Proses

“Gambar yang anda serahkan ini tidak memenuhi kriteria kami kerana bahagian mata tertutup,” menurut mesej makluman yang tertera menerusi laman imigresen New Zealand dan dipetik portal berita Shanghaiist.

Lee yang memang secara semula jadi mempunyai sepasang mata yang sepet, bagaimanapun terus berulang kali menghantar banyak gambar dirinya itu sehingga akhirnya permohonan itu diterima oleh pihak berkuasa.

Menurut seorang pegawai imigresen yang enggan dinamakan, cahaya yang tidak rata di bahagian wajah Lee itu kemungkinan telah menyebabkan gambar lelaki tersebut ditolak oleh sistem pengimejan komputer.

Dianggarkan lebih 20 peratus permohonan pasport yang diproses Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri terpaksa ditolak atas pelbagai faktor dan ia bukan perkara aneh disebabkan saringan ketat selain risiko ancaman keselamatan.


Baca: Wanita China Sukar Lepasi Imigresen Kerana Wajah Beza

Mata Sepet Punca Pasport Lelaki Ini Lewat Proses

Lee namun, tidak berasa marah terhadap insiden lucu itu yang turut menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia apabila ramai berjenaka mendakwa sistem foto pasport New Zealand sebagai rasis.

“Tidak ada perasaan dendam yang saya rasakan. Secara jujur saya memang memiliki mata yang sangat kecil dan teknologi pengenalan yang ada sekarang memang agak canggih,” jelas Lee kepada Daily Mail Australia.

Dia yang dilahirkan di Taiwan namun dibesarkan di New Zealand turut memuji pihak imigresen tempatan kerana banyak membantu menyelesaikan isu mata berkenaan dengan pantas tanpa sebarang perasaan prasangka.

“Laman imigresen itu hanyalah robot, saya tidak berasa marah sama sekali. Akhirnya saya tetap juga dapat pasport baharu,” tambahnya yang merupakan deejay berusia 22 tahun di Melbourne. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori