Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Miliki Bahan Daesh Gelandangan...

KUALA LUMPUR – Akibat memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh yang disimpan di...

4 Bersama Syabu Antara...

SEMPORNA - Empat lelaki bersama dadah jenis syabu adalah antara 18 pendatang asing...

Keluarga Rakyat Malaysia Dipindah...

LONDON - Sebuah keluarga rakyat Malaysia adalah antara mereka yang dipindahkan semasa berlaku...

Ada Maklumat, Kapten AirAsia...

DIFAHAMKAN terdapat kebocoran maklumat daripada dokumen rasmi berkaitan penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang...

Malaysia Dapat Balik Kuota Asal Haji 27,800 Orang

KOTA BHARU – Syukur Alhamdullilah… Dulu kuota jemaah haji Malaysia ialah 27,800 orang. Namun sejak tiga tahun ekoran kerja naik taraf Masjidil Haram, ia dikurangkan menjadi 22,230.

Pada Selasa, ketika jutaan rakyat Malaysia bergembira dengan berita kejayaan Mohd. Faiz Subri dinobatkan sebagai pemenang anugerah Puskas, satu lagi berita gembira diumumkan berkaitan isu jumlah kuota jemaah haji Malaysia!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan kerajaan Arab Saudi secara rasmi akhirnya sudah mengembalikan semula kuota asal untuk Malaysia sebelum 2013 iaitu kepada 27,800 orang.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri satu majlis di Tumpat dekat sini, beliau berkata: “Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana mengembalikan semula kuota asal jemaah haji kepada Malaysia.

“Kita juga mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Arab Saudi kerana berjaya menyiapkan kerja-kerja menaik taraf untuk kemudahan jemaah,” kata Jamil sebagai merujuk projek mega perluasan Masjidil Haram di Makkah.

Pada 6 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Arab Saudi merangkap Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad Bin Naif mengumumkan penarikan balik sekatan kuota.

Putera Muhammad turut mengarahkan peningkatan kuota haji dilaksanakan secara berperingkat dan ia bakal menyaksikan lima juta mengerjakan haji tahun ini dan dijangka meningkat kepada 30 juta menjelang tahun 2020.

Pada musim haji lalu, hanya dua juta jemaah haji dari seluruh dunia dibenarkan untuk mengerjakan ibadah Rukun Islam yang kelima itu susulan pelaksanaan ketat pengurangan kuota yang diperkenalkan sejak tahun 2013 lalu.

Setahun sebelum kuota diturunkan, jumlah jemaah haji pada tahun 2012 mencecah rekod tertinggi dalam sejarah iaitu 3.2 juta orang dan ia termasuk 1.4 juta jemaah tempatan atau warga asing yang menetap di bumi Arab Saudi.


Jumlah tersebut naik 2,824 peratus berbanding jumlah jemaah haji pada 1920 hanya 59,000 orang, iaitu tahun pertama apabila kerajaan Arab Saudi mula merekodkan pendaftaran bilangan jemaah secara lebih sistematik.

Kuota jemaah mula dilaksanakan pada 2000 hasil inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpusat di Jeddah dengan semua negara berdasarkan nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam di negara berkenaan.

Ini bermakna Indonesia sebagai negara paling ramai umat Islam di dunia boleh menghantar 196,000 jemaah diikuti Pakistan (95,000) dan Mesir (75,000), manakala negara-negara lain pula adalah jauh lebih rendah angkanya.

Singapura contohnya hanya dibenarkan menghantar 680 orang sahaja jemaah haji kerana bilangan penduduk Islam di republik pulau kecil itu amat sedikit, sekali gus ramai jemaah terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama.

Peraturan unik itu namun tidak tertakluk kepada Malaysia hasil hubungan diplomatik erat dengan Arab Saudi dan menikmati nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya iaitu kira-kira 27,800 orang.

Pengenalan kuota menyebabkan ramai bakal jemaah terpaksa menunggu giliran agak lama malah ada mencecah tempoh 70 tahun sehingga ada juga meninggal dunia tidak sempat mengerjakannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori