Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Balas Balik...

KITA rehat sekejap dengan story kontroversi pasal Aliff Aziz yang tengah panas. Jom...

LG Ice Cream Smart,...

Adakah anda merindui dengan telefon boleh lipat seperti Motorola Razr?Bentuknya begitu eligan dan...

Polis Buru Ketua Sindiket...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan kini sedang memburu ketua kumpulan 'Azha' yang bergiat...

Farahanim Berkembara Hayati Syawal...

Si cantik manis berwajah lembut dengan sepasang mata bundar ini pasti dianggap gadis...

Kelab Komedi Caj Pelanggan Ikut Jumlah Ketawa

Sebuah kelab komedi di Barcelona, The Teatreneu menggunakan cara unik untuk mengenakan bayaran terhadap pelanggannya iaitu berdasarkan jumlah ketawa mereka atau digelar, ‘Pay-Per-Laugh’.

pay-per-laugh

Menurut laman sesawang Oddity Central, kelab ini tidak mengenakan caj masuk kepada umum, namun menggunakan satu alat khas yang dapat mengenalpasti setiap kali pelanggannya ketawa.

pay-per-laugh2

Idea unik ini merupakan satu eksperimen yang dijalankan bersama sebuah syarikat periklanan, The Cyranos McCann sebagai respon kepada tindakan kerajaan menaikkan kadar bagi persembahan teater dari 8 peratus kepada 21 peratus.

Ia mengakibatkan banyak kelab dan panggung kehilangan pelanggan sebanyak 30 peratus hanya dalam tempoh satu tahun.


Setiap tempat duduk disediakan alat tersebut untuk mengenalpasti reaksi senyuman dan ketawa pelanggan di bahagian belakang, dan setiap kali alat tersebut dapat mengesan ketawa, pelanggan akan dicaj sebanyak 0.30 euros.

Teknik caj ini menghasilkan pendapatan berganda setiap kali persembahan dan keuntungan akan menjangkau 28,000 euros berbanding persembahan cara biasa.

Kini, cara tersebut mula digunakan di panggung-panggung lain sekitar Sepanyol, dan akan diiplementasi di negara-negara lain yang mula menunjukkan minat. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori