Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Operasi Mencari Mangsa Hilang...

BAU – Operasi mencari seorang lelaki berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang di...

Hukum Pegawai Sebabkan Pembaziran...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan merangka satu undang-undang bagi membolehkan tindakan punitif diambil terhadap...

Buka Destinasi Pelancongan Tertakluk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan pihaknya tertakluk keputusan...

Geng Saujana Aktif Curi...

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan 'Geng Saujana' yang aktif melakukan kegiatan curi...

Turun Satu Kilo Dapat 2 Gram Emas.. Camtu Siapa Tak Nak?!

MAHU kuruskan badan bukan senang tapi kalau habuannya lumayan siapa tak nak kan..

Itulah yang dilakukan oleh penganjur sebuah pertandingan menurunkan berat badan di Dubai apabila janjikan ganjaran dua gram emas bagi setiap kilogram yang berjaya diturunkan oleh peserta yang mengambil bahagian.

Tawaran menarik itu berjaya menarik perhatian 28,000 penduduk sana walaupun kebanyakan daripada mereka menyatakan tujuan utama menyertai pertandingan itu kononnya untuk dapatkan bentuk badan sihat dan ideal.

Salah seorang peserta Areefin Babu yang merupakan jurutera dari India namun menetap di Dubai berkata, beratnya kini 91 kg dan dia bercadang untuk turunkan berat sebanyak 20 kg dalam masa 45 hari.

“Misi utama saya adalah turunkan berat badan dan dapat tubuh badan yang sihat,” katanya yang menafikan ganjaran lumayan merupakan satu-satunya matlamat yang mendorong menyertai pertandingan tersebut.


Penganjur merancang untuk menobatkan sebanyak 7,350 peserta yang berjaya menurunkan berat badan dalam satu upacara khas pada bulan hadapan. – MYNEWSHUB.CC

dubai1

dubai2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori