Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Sukar Buat Gimik Lagi”...

PADA zaman ini, terlalu banyak cara yang dilakukan bagi mempromosikan sesebuah produk. Strategi...

Tun M Dijangka Hadir...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bakal menghadiri program diskusi berkonsepkan...

101 Hari Diburu, ‘Ustaz...

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib seorang lelaki digelar...

Servcorp Mohon Maaf Iklan...

BARU-BARU ini kecoh jadinya, apabila tersebar gambar yang memaparkan iklan dengan imej haiwan menyerupai...

Berapa Anda Sanggup Bayar Untuk Nasi Lemak?

Selamat Datang Nasi Lemak, Makanan Untuk Semua Rakyat Malaysia…

Bolehkan anda bertahan untuk tidak menikmati nasi lemak? Mungkin tidak!  Mujurlah, walaupun kita dilanda krisis kenaikkan harga barang, kita masih mempunyai pilihan untuk menikmati nasi lemak, pilhannya murah atau mahal.

Pergi saja ke gerai atau warung, kita boleh membeli nasi lemak dengan harga RM1.20 ataupun ke mana-mana restoran yang menawarkan nasi lemak ‘resepi turun temurun’ dengan harga RM20 sepinggan.

Tetapi, kasihannya bagi rakyat Malaysia di seluruh dunia. Untuk menikmati keenakkan nasi lemak ‘seperti di rumah’ , kosnya mungkin memerlukan penny, dolar, ruble atau peso. Anda fahamkan?

Memetik laporan portal RinggitPlus.com, nasi lemak dianggap sebagai hidangan ‘eksotik’ (dan kami tidak mempertikaikan kebenarannya!), hanya restoran di bandar-bandar besar di seluruh dunia saja yang menawarkan hidangan nasi lemak resepi turun temurun.

Jadi bersedialah anda utuk mengeluarkan belanja anatara RM25 ke RM 45 bagi sepinggan nasi lemak.

NASI LEMAK AROUND THE WORLD


Dengan harga seperti itu, anda mungkin terpaksa menyumpah sebelum membayarnya.

Namun apakan daya, nasi lemak dan orang Malaysia mana mampu dipisahkan! Tapi kalau dah merantau, berapa je harga nasi lemak kita sanggup membayarnya.

Mungkin, sudah tiba masanya kita belajar memasak nasi lemak kita sendiri. Konpem puas hati! :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori