TV9 Terbit Rancangan Running Man Versi Malaysia

7475

SALURAN TV9 bakal menerbitkan sebuah program realiti sendiri berinspirasikan Running Man yang popular di Korea, mengikut acuan tempatan dan diberi judul Lari.

Ianya dikatakan bakal bersiaran dalam waktu terdekat ini.

Yang menariknya program ini menampilkan hos popular Azwan Ali di samping artis-artis lain seperti Arja Lee, Aisya Hasnaa, Haris Alif dan Afiq Shazwan yang turut bertindak sebagai hos bersama.

running man2

Di Korea, program ini dibintangi barisan artis popular sana antaranya Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Gary dan Ji Suk Yin.

running man


Adakah Lari, Running Man versi Malaysia mampu menandingi kehebatan versi Korea yang sememangnya mendapat sambutan hangat di negara ini?

Untuk pengetahuan, Running Man bukan sahaja diminati penggemar muzik K-Pop, sebaliknya orang yang anti dengan muzik K-Pop pun layan program ni tau!

Sama-sama kita tunggu dan lihat sambutan yang diberikan penonton terhadap program Lari kelak! -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=UDdWnw9k7YA