Tasha Shilla Desak TV3 Mohon Maaf Isu ‘Escort Girl’

2619

TERKESAN dengan soalan diajukan wartawan program hiburan Melodi, aktres Tasha Shilla mendesak agar TV3 membuat permohonan maaf kepadanya.

BACA: WOW… Biar Betul Tasha Shilla Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?

Diwakili oleh peguam Fahda Ahmad Kamar, sepucuk surat ‘amaran’ telah dihantar kepada stesen tersebut Jumaat lalu, menampilkan tiga tuntutan Tasha terhadap TV3.

Memetik laporan MStar Fahda berkata, “Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.

“Setakat ini, kami belum menerima apa-apa respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan.”

Jadi-Escort-Girl-VVIP-Polis-Pantau-10-Artis-Wanita-Tempatan-ROTIKAYA

Mengimbas isu tersebut, satu laporan akhbar sebelum ini mendedahkan 10 artis wanita tanahair kini berada dalam pemerhatian pihak berkuasa kerana dipercayai menjalankan aktiviti sebagai ‘escort girl’.


Dalam satu temu bual bersama Melodi, Shila kemudiannya diajukan soalan tersebut namun dia menafikan terbabit dengan perkara tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Harian – Tasha Shilla Perjelas Isu Dikaitkan Dengan Aktiviti ‘Escort Girl’