Anak Tempatan Reka Tudung Boleh Kurangkan Sakit Kepala

KALAU bercakap mengenai tudung, memang tidak akan habis bercerita kerana ada macam-macam jenis dan style tudung yang adakalanya langsung tidak sempat diikuti dek peredaran fesyen semasa yang terlalu cepat.

Namun, dalam banyak-banyak jenis tudung di pasaran, jangan terkejut kalau kami cerita terdapat juga tudung yang dicipta boleh menyembuhkan penyakit. Menarik bukan?

Tudung ajaib itu adalah hasil keluaran Qnergi yang diilhamkan oleh anak tempatan yang dikenali sebagai Prof. Datuk Dr. Noordin Darus.

g 925083_1697523143861744_92853909_n

Apa yang luar biasanya, tudung ini dikatakan mempunyai cas tenaga semula jadi yang kononnya dapat memberi pelbagai manfaat kepada pengguna.

Selain itu, tudung ini merupakan yang pertama di dunia yang dicipta mempunyai aura tenaga tersendiri melalui proses teknologi zero-point yang diilhamkannya sendiri.

Antara kebaikan tudung ini ialah mampu mengurangkan stres, melancarkan aliran darah ke otak, merangsang pertumbuhan rambut, menghilangkan rasa pening, migrain, menaikan seri muka serta meningkatkan kecerdasan 
minda.

Untuk makluman, setiap tudung yang dikeluarkan perlu melalui proses fermentasi dan pengewapan. Dr. Noordin sebenarnya merupakan pakar sains sukan yang tidak asing di negara kita.

Bagi jenis kain pula, Qnergi menggunakan fabrik sifon berkualiti yang boleh memberikan aliran udara yang baik kepada si pemakai.

Bagi yang berminat, tudung ini akan mula berada di pasaran pada 2 April ini dan harga ditawarkan adalah dari RM65 hingga RM95. – MYNEWSHUB.CC

Loading...