Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

MAIPs Tubuh Jawatankuasa Khas...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menubuhkan...

SPRM Kelantan Cari Lelaki...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang mengesan seorang lelaki...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

UNIMAP Catat Sejarah Terima...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima seorang pelajar...

Akibat Ketagihan Internet, Remaja Potong Tangan

CHINA – Gara-gara tidak dapat mengatasi ketagihan terhadap internet, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengambil tindakan drastik, dengan memotong sendiri tangan kirinya.

Remaja itu yang digelar ‘Si Kecil Wang’ telah membawa keluar pisau dari dapur tanpa pengetahuan keluarganya dan kemudian membawa pisau itu ke tempat permainan kanak-kanak.

Dia kemudiannya memotong tangannya dan meninggalkan tangan itu di atas kerusi panjang di situ.

Selepas mengambil tindakan nekad itu, dia terus ke hospital. Doktor bagaimanapun berjaya menyambung semula tangan berkenaan setelah ia ditemui oleh polis.


Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tangan yang disambung itu dapat berfungsi seperti biasa atau tidak selepas ini.

Dalam pada itu, ibunya yang enggan dikenali berkata, tindakan anaknya itu sukar diterima memandangkan dia seorang anak yang bijak.

“Saya masuk ke dalam biliknya pada pukul 11 malam dan mendapati dia tiada dalam biliknya. Saya kemudian menemui sekeping nota yang tertulis “Ibu, saya ke hospital sekejab. Jangan bimbang. Saya pasti akan balik malam nanti.”

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori