Xiaomi Mi Band Plus, Hadir Dengan Sensor Denyutan Jantung

XIAOMI hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Mi Band generasi baru mereka, dinamakan sebagai Mi Band Pulse.

Hadir dengan sokongan sensor denyutan nadi, ia membolehkan pengguna memantau lebih banyak data berkaitan dengan kecergasan dan aktiviti harian mereka.

Xiaomi mengatakan Mi Band baru ini menyertakan optical heart rate sensor, membolehkan pengguna memantau kadar denyutan jantung harian, mahupun ketika mereka bersenam, yang mana paparan data yang lebih jitu dan saintifik berbanding dengan kebiasaan.

Mi Band Pulse ini boleh bertahan sehingga 20 hari lamanya, dan menyokong pelbagai peranti Android dan juga iPhone.

mibandpulse_02

mibandpulse_03

Untuk menggunakan Mi Band Pulse bersama-sama fungsi Smart Unlock, ia perlulah menggunakan peranti Android 5.0 dan terkini, serta peranti menggunakan MIUI6 dan terkini.

Xiaomi akan menjual gelang tangan pintar baru ini bermula daripada 11 November di China.
Tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkannya secara rasmi di Malaysia, versi asas akan dijual pada harga biasa, sementara dengan sensor denyutan nadi ini akan dijual pada harga RMB99 (RM68). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

Sumber: XiAOMI

Leave a Reply