Which Phone, Laman Untuk Memilih Peranti Android Anda

MEMILIH peranti pintar yang menggunakan platform Android pada hari ini mungkin membuatkan anda ‘rambang mata’ .

Anda lihat sahaja di sekitar kawasan yang sibuk seperti di jalan Tun Dr. Ismail, pasti iklan ‘The Best Smartphone Yet’ terpampang di billboard iklan.

Permintaan telefon pintar jenis Android di pasaran sememangnya amat tinggi.

Soalan pertama dari kami ialah, adakah anda keliru untuk memilih jenis peranti Android yang bersesuaian dengan cita rasa?

Kini anda tidak perlu risau lagi dengan laman khusus terbaru dari Google, iaitu ‘Which Phone’.

google-android-fon

Laman ini membolehkan anda membuat pilihan peranti yang bersesuaian dengan gaya hidup anda.

Melalui laman ini, pengguna hanya perlu memilih apakah kriteria peranti yang dikehendaki oleh mereka, dan Google akan mencadangkan peranti yang bersesuaian untuk pengguna tersebut.

Seperti biasa, pengguna boleh memilih apa yang mereka inginkan dari segi kamera, penggunaan aplikasi dan sebagainya.

Perkhidmatan melalui web ini akan menyediakan tiga pilihan yang bersesuaian yang mana turut boleh diubah mengikut harga yang diinginkan oleh mereka.

Bagi anda yang sering menghadapi masalah dalam membuat pemilihan peranti, atau sering ditanya oleh rakan-rakan berkenaan peranti yang sesuai dengan mereka, mungkin anda boleh kongsikan laman ini, sekaligus memudahkan lagi proses berkenaan.

-MYNEWSHUB.CC

Lihat: Android Which Phone

Loading...