Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KP Imigresen Enggan Ulas...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen enggan mengulas mengenai isu ketulenan pasport dibawa Kim Jong-Nam...

Lelaki Melecur Separuh Badan...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki melecur separuh badan, dipercayai dibakar di dalam tandas...

Pusat Pengumpulan Pertanian RM1.2...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta...

Murid Darjah 5 Bersalin...

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki semalam, disyaki menjadi...

WhatsApp Kini Milik Facebook Secara Rasmi

Facebook pada Februari lepas telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih aplikasi pesanan WhatsApp pada harga $19 bilion.

Terkini selepas melalui pelbagai fasa, mereka akhirnya mengumumkan telah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa (European Commission). Ini bermakna WhatsApp kini secara rasminya adalah milik Facebook.

Pengambilalihan WhatsApp oleh Facebook merupakan salah satu perkara yang mengejutkan ramai terutama nilai yang ditawarkan oleh Facebook untuk pembelian perkhidmatan aplikasi permesejan popular tersebut.

zzzz
Pengasas Whatsapp, Brian Acton dan Jan Koum

Dengan pengambilalihan WhatsApp, kini pengasasnya dan juga CEO, Jan Koum akan menyertai ahli lembaga Facebook.

Beliau dijangka akan terus memfokuskan kepada pembangunan WhatsApp sebagai sebuah jenama yang bebas daripada Facebook.


WhatsApp sebelum ini mengatakan, mereka akan memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi mereka tidak lama lagi.

Pengambilalihan ini turut menjadikan Facebook kini memiliki dua aplikasi paling popular di peranti mudah alih iaitu Instagram dan WhatsApp. – MYNEWSHUB

Sumber: Techcrunch

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori