Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Maut Tertimbus...

KOTA KINABALU - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian...

Golongan Muda PKR Jangan...

KUALA LUMPUR - Golongan muda dalam PKR yang mempunyai keinginan untuk berlagak seperti...

Ibu Dukung Anak 30kg...

KUALA BERANG - Demi keselamatan anak yang dikasihi, seorang ibu sanggup mendukung anaknya...

Pakcik Pandu Kereta Naik...

ALAHAI pakcik...agak-agaklah pandu kereta sampai naik laluan jejantas untuk motosikal.Tapi, mungkin kita boleh...

TV OLED LG Paling Nipis Di Dunia, Nampak Macam Wallpaper

SEOUL – Berbanding zaman nenek moyang kita dahulu, set peti televisyen moden kini bukan sahaja sangat langsing, bahkan senipis kertas dan itulah dipertontonkan oleh firma elektronik terkenal LG dari Korea Selatan.

Menerusi sebuah acara khas pada Selasa lalu, buat julung kali syarikat itu menampilkan TV OLED (Organic Light Emitting Diode) dengan saiz 55 inci yang tebalnya tidak sampai pun 1 milimeter dan berat hanya 1.9 kilogram.

Ia disifatkan paling ringan dan tipis sehingga tidak memerlukan kelip permukaan atau mounting bracket yang lazimnya digunakan untuk televisyen skrin rata biasa dipasang tergantung melekat pada lapisan dinding.

Cukup dengan bantuan sekeping ‘karpet’ magnet yang diletakkan di bahagian belakangnya, set TV ini sudah dapat ditampalkan ke dinding sehingga tampil tidak ubah macam kertas dinding atau wallpaper seumpama poster.

Untuk melekat TV ini cukup dengan ‘mengupas’ tubuh langsing pada televisyen ini yang juga fleksibel anjal daripada permukaan karpet magnet, seperti lapisan perlindungan skrin telefon pintar atau filem cermin kereta.

Sayangnya walaupun nampak cukup menarik dan futuristik, TV OLED senipis kertas ini masih lagi dalam peringkat konsep prototaip produk waima belum dikeluarkan untuk pasaran oleh kilang LG sendiri.


Penampilannya di Korea Selatan itu pun sebahagian daripada kempen promosi LG bagi memaparkan projek masa depannya, di mana teknologi OLED diyakini akan membawa dimensi gaya hidup baharu dunia penyiaran.

Layar OLED ini menggunakan lapisan organik dan memungkinkan terciptanya layar tipis yang juga fleksibel serta boleh dilengkuk mengikut permukaan dinding sambil tidak ‘membazirkan’ banyak sangat ruang lapang.

Material organik ini pun mampu menghasilkan cahaya sendiri sehingga tidak memerlukan penembakan cahaya belakang atau backlight, sekali gus dapat mengatasi masalah silau atau pembiasan. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori