Pepsi Bakal Keluarkan Telefon Pintar Di China

PEPSI merupakan salah satu minuman ringan yang popular di dunia.

Dengan penjenamaan yang popular, mereka juga sering bereksperimen dengan pelbagai perkara termasuk aksesori telefon pintar.

Terkini, pihak Pepsi hadir bersama keluaran telefon pintar mereka di pasaran China.

Walaubagaimanapun, pihak Pepsi tidak akan mengeluarkan sendiri telefon pintar berkenaan, tetapi lebih kepada melesenkan jenama mereka untuk digunakan pada telefon pintar.

pepsi2

Mengikut maklumat tertiris awal yang hadir ke arena Internet sejak penghujung minggu lepas, telefon pintar yang dinamakan Pepsi P1 ini kelak dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek 1.7 Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Untuk tujuan rakaman gambar, ia dikatakan dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Telefon pintar Pepsi P1 ini dikatakan akan dipasarkan sekitar harga CNY 1299 (~RM857). -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: mobipicker

Loading...