Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DCA Siasat Serpihan Logam...

BESUT - Dua pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan seorang wakil Malaysia Airlines...

VIDEO: Menarik.. Kucing Minum...

AKSI seekor anak kucing siam mendapat perhatian orang ramai apabila kucing itu hanya mahu...

PRN: Aziz Isa DAP...

KUCHING - Baru pertama kali menjadi calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), Abdul...

Anita Sarawak, Suami Jual...

SUDAH lama kita tidak mendengar kisah diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang pernah...

London Kini Ada ‘Solarbox’, Pondok Untuk Cas Telefon

Pondok telefon merah yang sinonim dengan bandaraya London kini mendapat nafas baru apabila pondok telefon baru berwarna hijau yang sesuai dengan fungsinya dilancarkan pada 1 Oktober lepas.

Pondok telefon baru itu dikuasakan oleh tenaga solar dan orang ramai boleh mengecas gajet elektronik masing-masing daripadanya dan dikenali sebagai ‘Solarbox’, demikian menurut laporan AFP

Solarbox hijau yang pertama dipertontonkan kepada orang ramai Rabu lepas di luar stesen keretapi bawah tanah Tottenham Court Road, di kawasan persimpangan yang sibuk di Oxford Street, London.

Panel solar pondok baru diletakkan di bahagian bumbungnya dan di dalamnya disediakan empat alat pengecas.

Lebih banyak pondok hijau ini akan diperkenalkan di London.

“Tenaga disimpan di dalam sebuah bateri, jadi anda masih boleh mengecas telefon bimbit anda biarpun pada waktu malam ataupun ketika matahari tidak kelihatan,” kata Harold Craston, lulusan London School of Economics (LSE) yang juga pengasas bersama Solarbox.

BRITAIN-ENERGY-OFFBEAT

Menurut beliau, tujuan Solarbox dihasilkan adalah untuk memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana untuk menggunakan ruang dengan cara yang lebih positif dan London akan menjadi lebih hijau dengan kemunculannya.


Pondok telefon merah sebelum ini sudah semakin ketinggalan dan orang ramai kini kebanyakannya menggunakannya sebagai tandas ketika mereka mabuk, katanya.

‘Solarbox’ kedua akan diperkenalkan pada Januari depan, dan lebih banyak akan disediakan selepas itu.

“Dalam dunia moden, kesemua warga London kini mempunyai gajet elektronik di tangan mereka, jadi sudah tiba masa pondok telefon lagenda ini dinaik taraf sesuai dengan cara hidup abad ke-21,” kata Datuk Bandar London Boris Johnson.

Pondok telefon merah direka pada tahun 1936 untuk menyambut ulangtahun ke-25 pertabalan Raja George V.

Britain berhenti mengeluarkan pondok telefon merah pada tahun 1968 dengan ketika itu kira-kira 70,000 pondok berada di seluruh negara.

Ketika ini, 11,000 masih lagi digunakan tetapi hanya dilanda kerugian. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori