Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Akan Tutup...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menutup Sekolah Kurang Murid (SKM) walaupun terpaksa...

Jualan Proton Meningkat 13%...

KUALA LUMPUR - Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober...

Korban Banjir Kerala Meningkat...

KOCHI (INDIA) - Jumlah kematian akibat banjir di lokasi tumpuan pelancong di Kerala,...

10 Negeri Dijangka Hujan...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin...

SKMM Beri Peringatan Jangan Sebar Maklumat Palsu 1MDB

JANGAN sebarkan maklumat palsu atau sebarang khabar angin yang tidak benar berhubung isu 1Malaysia Development Berhat (1MDB).

Itulah peringatan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sebuah kenyataan di laman Facebooknya.

skmm
Di dalam kenyataan itu juga, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih termasuk melalui aplikasi permesejan Whatsapp dan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya bersalah.

“Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedemikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang negara khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Jika didapati bersalah hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara,” jelas SKMM.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori