Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rasuah Bukan Lagi Ancaman...

PUTRAJAYA – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana...

UMNO Bahagian Tambun Hormati...

IPOH - UMNO Bahagian Tambun menghormati keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak...

Ilham Centre: BN Mendahului

Kaji selidik dibuat Ilham Centre merumuskan BN kini berada di depan berbanding parti...

Premis Perniagaan Di Kedah...

KULIM - Sebanyak 15,666 barangan di 522 premis perniagaan di Kedah telah diperiksa...

Skandal Perakaunan, Presiden Toshiba Pilih Letak Jawatan

KETUA Eksekutif dan Presiden Toshiba, Hisao Tanaka mengejutkan ramai apabila memilih untuk melepaskan jawatan yang disandang susulan syarikat terkemuka itu didapati mengalami lebihan keuntungan bagi tempoh enam tahun yang lalu.

Malah, Naib Pengerusi Toshiba, Norio juga dilaporkan tampil meletakkan jawatannya.

Sebelum ini, sebuah panel bebas yang dilantik oleh Toshiba mendakwa firma itu memiliki lebihan keuntungan operasi sekitar RM4.6 bilion ($1.22 bilion).

Menurut laporan BBC, lebihan yang dimiliki itu menyamai kira-kira tiga kali ganda anggaran awal daripada Toshiba.

“Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat perakaunan yang tidak wajar berlaku untuk masa yang lama, dan kami amat memohon maaf kerana menyebabkan masalah serius ini kepada pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lain.

“Berikutan itu, Presiden syarikat Hisao Tanaka dan Naib Pengerusi syarikat kami Norio Sasaki akan meletak jawatan hari ini,” kata wakil syarikat Toshiba dalam satu kenyataan.

Difahamkan, jawatan Presiden akan diganti oleh Pengerusi Toshiba, Masashi Muromachi.


Tanaka, 64, dan Sasaki, 66, menyertai Toshiba pada awal 1970-an.

Skandal perakauan Toshiba terbongkar apabila pengawal selia sekuriti menyiasat kunci kira-kira syarikat itu sejak awal tahun ini.

Penemuan itu memerlukan Toshiba menyatakan semula keuntungannya yang diperolehi bagi tempoh antara April 2008 dan Mac 2014.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Taro Aso berkata skandal kewangan yang berlaku ini boleh menggugat keyakinan dalam tadbir urus korporat di Jepun. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=izH08FB2mxU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori