Samsung Bakal Perkenal Telefon Boleh Lentur/Lipat

KEGILAAN pengeluar telefon pintar pada masa kini terhadap inovasi peranti boleh lipat dan dilenturkan skrin nampaknya kian menjadi-jadi.

Terkini, desas desus mengatakan Samsung akan memperkenalkan kepada dunia telefon pintar boleh lentur dan lipat pertama mereka dengan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Peranti tersebut diakatakan akan berfungsi sebagai dua kegunaan sekaligus iaitu sebagai tablet dan telefon pintar.

Jadi, ketika lipatan dibuka, maka ia akan menjadi sebuah tablet dengan layar OLED berukuran 7 inci dan sekiranya ditutup maka ia merupakan telefon pintar yang berukuran 5 inci.

f3

Menurut laporan Digital Trends pula, ciri-ciri boleh lipat, fleksibel dan skrin lutsinar sudah berada di pasaran tetapi lebih kepada konsep berbanding produk realiti sebenar.

Pelbagai telefon pintar melengkung telah diperkenalkan pada 2014 dan 2015, tetapi telefon yang benar-benar fleksibel masih belum dihasilkan.

“Meskipun telefon pintar boleh lentur dilihat terlalu futuristik, tetapi waktu ini adalah terbaik bagi teknologi boleh lentur,” lapor Digital Trends.

Manakalan portal IT Business Korea dalam laporan berkata, Samsung pada tahun lalu telah membayangkan untuk memperkenalkan telefon pintar boleh lentur pada 2015.

Tetapi, sekiranya yang dimaksudkan adalah Galaxy Note Edge, ia amat berbeza kerana bahagian yang melentur hanya sebelah bahagian sahaja.-MYNEWSHUB.CC

Loading...