Sambutan Hebat, Samsung Galaxy S6 Gold Platinum Di “Restock”

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd akan menambah semula stok telefon Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan daripada pengguna Malaysia.

“Prapesanan bagi Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge memberangsangkan sejak pelancaran pada 2 April dengan Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.

Naib Presiden Lee Jui Siang berkata peranti Samsung dibina dengan mementingkan keperluan pelanggan.

“Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge mempunyai kelebihan dari segi fungsi dan rupa. Menggabungkan reka bentuk dengan ciri-ciri kuasa, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge memberikan nilai sebenar dan kami percaya itulah sebabnya ia telah menerima maklum balas positif di seluruh dunia dan juga di Malaysia,” katanya.

Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge berharga masing-masing RM2,599 dan RM3,099, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan. – BERNAMA

Loading...