Samsung Galaxy A9 Dengan Skrin 6-inci, Kemaskini 2016

SAMSUNG pada bulan Ogos 2015 telah memperkenalkan siri Galaxy A untuk tahun 2016, di mana ura-ura mengenai kadar kapasiti Galaxy A9 yang setinggi 4000mAh membuatkan ramai pengguna teruja.

Kini, Samsung secara rasminya telah memperkenalkan peranti flagship tersebut untuk pasaran China.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Galaxy A9 merupakan sebuah telefon pintar dibawah keluarga phablet yang membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 1080p.

Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 652 (yang telah melalui penjenamaan semula sebelum ini).

Untuk rakaman gambar, Samsung menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 8-megapixel pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy A9 turut dilengkapi dengan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan menariknya hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Seperti siri-A sebelum ini, kita mungkin akan melihat kemasukan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Engadget

Loading...