Rungsing Video Facebook Dimainkan Secara Automatik?

ANDA mungkin perasan perubahan yang dilakukan Facebook yang mana jika anda mengikuti ruangan timeline, visual yang mempunyai video akan dimainkan secara automatik.

Penaiktarafan ini merupakan salah satu perkara yang tidak digemari ramai kerana kadang-kala tanpa pengguna sedar ia dimuat-turun pada latar.

Untuk mengelakkan ia dimainkan di latar, pengguna boleh memadamkan fungsi untuk memainkannya pada latar di web atau pada pelayar web desktop.

fbbb

Bagi menyahaktifkannya, anda hanya perlu ke halaman ‘Settings’ di web, dan kemudian memilih ‘Videos’ pada menu di tepi.

Pada tetapan ‘Videos’, di bahagian ‘Auto-Play Videos’, anda boleh memilih untuk ‘Off’ dan ia tidak lagi akan memainkan video pada latar.

Di samping membuat tetapan untuk nyahaktif video yang dimainkan secara automatik, pengguna juga boleh memilih kualiti video yang dimainkan di Facebook melalui halaman sama. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Tetapan Facebook Video