MyTeksi Tawar Perkhidmatan Hantar Kuih Raya

MyTeksi yang terkenal dengan servis perkhidmatan tempahan teksi melalui peranti mudah alih kini hadir dengan penawaran khusus bersempena musim perayaan bagi membolehkan pengguna membuat penghantaran kuih raya ke rumah.

Sehubungan itu MyTeksi kini menambah satu pilihan baharu pada aplikasi mereka yang dinamakan JomRaya.

Pengguna boleh membuat penghantaran pakej khas JomRaya ini yang berisi satu bungkusan kurma, satu kotak tat nenas dan sekotak biskut coklat almond.

MyTeksi mengenakan caj sebanyak RM19.90 untuk tujuan penghantaran ini.

Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh sejam selepas tempahan dibuat pada aplikasi berkenaan dan terhad kepada 500 penghantaran sahaja setiap hari.

Seperti beberapa penawaran sebelum ini, JomRaya ini juga terhad kepada pengguna di Lembah Klang sahaja.

– MYNEWSHUB.CC

Layari: MyTeksi

Oleh: hzq

Loading...