Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera...

SMK Sulaiman Tutup Seminggu,...

BENTONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup seminggu susulan penularan wabak...

Cukai Pelancongan Akan Dikaji...

KERAJAAN akan mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan...

⁠⁠⁠Isu Presiden FAM: Perang...

GAGAL di Kejohanan AFF 2016 di Myanmar baru-baru ini, membayangkan kesuraman prestasi skuad...

Hasilkan Filem Ultraman Anda Sendiri Di Laman Google

KAMI yakin kebanyakan pembaca Mynewshub membesar dengan menonton siri Ultraman.

Aksi Ultraman yang tegar melawan raksasa jahat bagi melindungi bumi sentiasa menggamit memori sewaktu menontonnya di bangku sekolah.

Hari ini bersempena dengan ulangtahun ke-114 pencipta watak ikonik tersebut, Google telah memberikan penghormatan kepada mendiang Eiji Tsuburaya.

Eiji Tsubaraya yang merupakan ‘bapa’ kepada siri Ultraman juga pernah menghasilkan beberapa filem Godzilla semasa hayat beliau.

Bersempena hari bersejarah ini, Google Doodle interaktif membolehkan anda menghasilkan filem pendek Ultraman anda sendiri.

Bagaimanapun, terdapat 10 permainan perlu dimainkan sebelum filem pendek anda dapat dihasilkan.

ottomen


Versi akhir filem pendek ini bergantung kepada kepakaran anda melengkapkan cabaran 10 permainan tersebut.

Antara cabaran yang diberikan ialah memasangkan baju Kaiju (raksasa) pada pelakon, memijak kereta kebal ala Godzilla dan mengawal pergerakan kamera untuk merakam aksi Ultraman.

Sedikit fakta buat anda, tahu tak mengapa Ultraman melakukan aksi silang tangan untuk membunuh kaiju yang jahat? Jawapannya kerana Eiji Tsuburaya merupakan seorang pengganut Kristian.

Posisi tangan bersilang yang digunakan Ultraman adalah sebagai simbolik kuasa tuhan memusnahkan kejahatan di dunia.

Berikut ialah rakaman Google Doodle Eiji Tsuburaya di Youtube. Enjoy! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori