Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBT Perlu Sedia Lokasi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta pihak berkuasa...

PAS Bagi Laluan UMNO...

KUALA TERENGGANU – PAS akan beri laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan...

Ringgit Diunjur RM4.20 Minggu...

KUALA LUMPUR - Ringgit menghampiri kerugian bagi empat minggu berturut-turut susulan penurunan harga...

Tiada Kerja Pembinaan Ketika...

GEORGE TOWN - Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar...

Google Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Doodle Teh Tarik

BERSEMPENA dengan tarikh keramat 31 Ogos 2015, Google Malaysia seperti biasa tidak ketinggalan menyediakan doodle khusus bersempena dengannya.

Melalui doodle untuk Hari Kemerdekaan tahun ini, Google menggabungkan penggunaan elemen jalur gemilang, bulan dan bintang serta lakaran teh tarik  yang berjaya memberikan gambaran menyeluruh tentang penyatupaduan antara semua rakyat di Malaysia.

teh
Minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Lambang teh tarik juga bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Sehati Sejiwa memandangkan minuman ini bagai mewakili campuran pelbagai rakyat dan budaya di Malaysia yang hidup dalam harmoni.

Tahun lepas, Google turut menyediakan doodle khusus bersempena dengan hari Kemerdekaan dan tahun ini nampaknya tradisi itu masih diteruskan.


Bagaimanapun masih tidak diketahui lagi sama ada Google akan menyediakan doodle khas sempena Hari Malaysia kelak memandangkan tiada pertandingan yang dianjurkan seperti pada tahun lepas.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan daripada Mynewshub!

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori