Google Perkenalkan Tema Aplikasi Sempena Star Wars

BERSEMPENA dengan filem Star Wars yang menjelang tiba, pelbagai perkara promosi dilakukan bersempena dengannya.

Terkini, Google turut hadir dengan laman khusus bersempena filem Star Wars yang membolehkan pengguna memilih ingin menyertai pasukan Dark Side atau Light Side.

Dengan menyertainya pada laman berkenaan, pengguna boleh memilih untuk mengubah avatar laman sosial mereka dengan bertemakan kedua-dua belah berkenaan.

starwars

Menariknya, pemilihan tema ini akan membuatkan pelbagai aplikasi Google berubah mengikut tema pilihan anda termasuk pada YouTube, Google Maps, GMail, dan beberapa perkhidmatan Google yang lain.

Daripada pengamatan kami, pada akaun GMail, ia paling tampak jelas dengan perubahan tema, tetapi pada YouTube, ia mengubah paparan garis susur kepada penggunaan warna seumpama light-saber.

star
Paparan garis susur kepada penggunaan warna seumpama light-saber.

Bagi anda yang meminati Star Wars, mungkin boleh ke laman khusus Google Star Wars, dan mimilih untuk menyertai pasukan Dark Side atau Light Side.-MYNEWSHUB.CC

Layari: Goolge Star Wars