Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berani bersuara...

ASEAN: 47 Petugas Perubatan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 47 kakitangan perubatan termasuk tujuh orang pakar bersiap siaga...

Biar Betul.. Ikan Bilis...

PENGOTOR... itu sahaja perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keperibadian pengusaha makanan yang langsung...

8 Tahun Hanya Alyah...

SETELAH membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk...

Gambar Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Tertiris Di Arena Web

PERTENGAHAN Ogos ini, Samsung bakal mengadakan acara Unpacked yang akan menyaksikan beberapa kemasukkan peranti terbaru di pasaran, terutamanya yang bakal mencuri perhatian adalah Galaxy Note 5.

Kini, lanjutan daripada beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, gambaran imej akhir untuk Galaxy S6 Edge Plus dan juga Galaxy Note 5 turut tertiris.

samsung
Sumber gambar: Twitter

 

Galaxy Note 5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.66-inci dengan paparan 2560x1440pixel, cip pemprosesan Exynos 7420, memori 4GB RAM, dan kamera belakang 16-megapixel.

Peranti ini turut akan menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya, dan dilengkapi Android 5.1 Lollipop.


Dengan rekaan peranti seumpama Galaxy S6 sebelum ini, Galaxy Note 5 turut dikatakan tidak akan menyertakan sokongan mikro-SD.

Selain daripadanya, Samsung turut dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy S6 bersaiz besar, dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge Plus yang membawakan saiz skrin lebih kurang sama seperti Galaxy Note 5.

Jadi, daripada info yang tertiris ini, apa kata anda berkenaan dengan dua peranti baru yang bakal dilancarkan oleh Samsung ini?-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Eveleaks

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori