FB Membolehkan kemaskini Rakan Dan Pages Yang Tidak Disukai

DI laman Facebook, News Feed merupakan salah satu komponen utama, dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini rakan-rakan anda, serta perkongsian daripada rakan-rakan serta Pages dengan mudah.

Dengan laman sosial Facebook kini menjadi salah satu laman yang dikunjungi ramai sebagai laman utama setiap hari, semestinya ramai yang ingin mengawal apa yang dipaparkan pada halaman utama laman sosial berkenaan.

Kini, untuknya, Facebook memperkenalkan beberapa fungsi baru bagi memudahkan anda mengawal apakah yang dipaparkan pada News Feed anda, selain pada masa yang sama menyembunyikan perkara yang tidak disukai anda.

Bagi menjayakan perkara ini, sebuah fungsi baru ditambah pada halaman tetapan dinamakan sebagai “News Feed Preferences”.

Melaluinya, anda boleh menetapkan siapakah yang anda ingin melihat terlebih dahulu pada News Feed, selain memilih untuk tidak melihat kemaskini daripada sesetengah Pages mahupun rakan-rakan melalui fungsi “Unfollow”.

Tetapan baru untuk Facebook ini ditawarkan oleh pihak Facebook melalui aplikasi mudah-alih mereka terlebih dahulu, iaitu untuk iOS dan Android.

Facebook mula menawarkannya hari ini melalui aplikasi iOS mereka, dan ia akan hadir ke Android dan desktop dalam masa beberapa minggu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Facebook

Loading...