Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Pantau Serangan Kubu...

KUALA LUMPUR - Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat...

Gotong-Royong Akan Jadi Budaya...

PADANG BESAR - Bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandaraya menjelang...

Bangunan Selangor Mansion Digempur...

KUALA LUMPUR - Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini, yang...

Awie Gelar Diri Sendiri...

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan pemergian ibu kepada rocker terkenal tanah air, Awie.Di saat...

Eyecatcher, Gelang Pintar Beserta Paparan E-Ink

LAMBAKAN jenama jam tangan pintar benar-benar meletup pada tahun ini apabila pengeluar peranti utama kesemuanya mengeluarkan peranti boleh pakai mereka.

Dua jam tangan pintar yang sedang hangat sekarang ialah Apple Watch dan juga Samsung Gear S2.

Kedua-duanya menggabungkan rekaan menarik dengan pelbagai fungsi tambahan seperti mengesan nadi pemakai.

Tetapi kedua-duanya juga masih mempunyai masalah utama jam tangan pinta iaitu hayat bateri yang agak singkat.

Eyecatcher ialah gelang tangan pintar yang turut boleh berfungsi sebagai sebuah jam tangan pintar pelbagai guna.

eyecatcher-2

Berbeza dengan majoriti peranti boleh pakai yang ada di pasaran sekarang ialah menggunakan sebuah paparan e-ink yang besar.

Paparan e-ink yang lebar merangkumi keseluruhan tubuh Eyecatcher.


Ini membolehkan ia memaparkan notifikasi peranti pintar, jam, gambar dan juga pelbagai corak yang ditetapkan oleh pengguna secara serentak.

Menurut pereka Eyecatcher bateri gelang pintar ini boleh bertahan sehingga setahun walaupun hanya sebesar 100 mAh.

Setiap gelang pintar ini dijual pada harga AS$239 (RM1,200) dan buat masa ini ia hanya boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS sahaja.

Jika anda mahukan peranti boleh pakai yang tidak perlu dicas dengan kerap ini mungkin sesuatu yang anda mahukan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: KICKSTARTER 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori