Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hak Milik Hartanah Kini...

KUALA LUMPUR - Sebuah sistem carian bersepadu yang membolehkan orang ramai menyemak daftar...

UMNO Dan PAS Boleh...

KUALA LUMPUR - "Mereka boleh cuba," kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Rafizi Desak Rahman Saman...

PULAK DAH... Setelah kantoi memfitnah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Rafizi Ramli terpaksa...

Umum Undur Diri, Lan...

KRISIS dalaman yang berlaku dalam kumpulan rock Kristal nampaknya menemui keputusan yang agak...

DiGi Untung RM2.65 Bilion Pada 2014

KUALA LUMPUR – DiGi.Com Bhd mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 kepada RM2.65 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata pendapatan turut meningkat kepada RM7.02 bilion berbanding RM6.73 bilion sebelum itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lars Norling berkata pertumbuhan kukuh syarikat adalah seluruh aliran pendapatan, terutama dalam pendapatan internet, hasil daripada tumpuan mendalam terhadap kecemerlangan kualiti perkhidmatan dan pelanggan.

“Kemajuan yang penting dalam prestasi jaringan dan liputan kami, gabungan rangkaian telefon pintar mampu milik yang luas termasuk pelancaran telefon pintar terkenal, serta rangkaian luas perkhidmatan Touchpoints menjadikan kedudukan kami adalah baik bagi mempercepatkan akses perkhidmatan internet yang berkualiti kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

“Kami juga memberi dorongan yang kuat dalam pasaran dengan aktiviti lapangan yang meluas untuk memacu perolehan dan penggunaan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Pelanggan internet meningkat 31 peratus setiap tahun kepada 6.4 juta daripada asas pelanggan yang kukuh sebanyak 11.4 juta.


Penambahan 1.5 juta pelanggan internet yang aktif terkumpul pada tahun itu, secara positif menyumbang kepada peningkatan pendapatan internet, yang bertambah 39.6 peratus pada tahun itu, dan membuka laluan kepada pendapatan perkhidmatan pada masa depan.

Menuju ke hadapan, Norling berkata, DiGi merancang mengekalkan paras perbelanjaan modal (capex) 2014 pada tahun ini untuk meningkatkan pertumbuhan internet.

Pada 2014, DiGi melabur RM904 juta bagi capex untuk mengukuhkan keupayaan infrastuktur termasuk menyiapkan sistem bil bersepadu, perluasan liputan populasi 3G kepada 86 peratus, pertumbuhan tapak evolusi jangka panjang (LTE) kepada sembilan pusat pasaran dan meningkatkan jaringan gentian kepada lebih 4,700 kilometer. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ddXLbwYkaIQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori