Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tempahan Nombor Pendafataran ‘DCS’...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka tawaran tempahan nombor pendaftaran...

Industri Telekomunikasi Digesa Main...

KUALA LUMPUR - Industri pemberi perkhidmatan telekomunikasi digesa memainkan peranan seiring dengan kerajaan...

19 Bekas Penagih Diselia...

SEPANG - Walaupun dipatuk ular kapak empat hari sebelum berangkat ke Makkah untuk...

Pemuda Lemas Di Hutan...

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Lipur...

Comet: Peranti Pintar Yang Mampu Terapung Di Permukaan Air

JENAMA peranti pintar yang dinobatkan sebagai ‘lagenda tahan lasak’ dari kebanyakkan orang ramai sudah semestinya dari jenama Nokia, iaitu model 3310.

Mungkin telefon bimbit 3310 bukanlah merupakan jenis peranti pintar moden, namun tahap kualiti buatannya adalah terbaik berbanding jenama-jenama peranti lain.

Lagenda tahan lasak ini nampaknya terus diwarisi salah satu keluaran baru mereka pada 2013, iaitu Nokia Lumia 800.

Kami pernah terbaca mengenai cerita sebuah telefon Nokia Lumia 800 ditemui semula selepas jatuh ke dalam laut.

Walaupun lebih tiga bulan tenggelam di dalam air masin, telefon pintar tersebut masih boleh digunakan selepas ianya dikeringkan.

Cerita seperti ini mengukuhkan legenda Nokia sebagai pengeluar peranti yang berpantang maut sebelum ajal.

Tambah menakjubkan Lumia 800 tidak direka dengan ketahanan kalis air seperti Xperia Z5 misalnya.

Peranti jatuh dan tenggelam ialah antara perkara anda tidak mahu berlaku, oleh itu beg kalis air yang diikat pada leher semakin kerap kami lihat digunakan ketika bercuti di kawasan pulau.

Comet ialah peranti pintar Android yang pertama direka untuk terapung apabila jatuh ke dalam air.


Bahagian dalam peranti dilengkapi ruang yang dipenuhi gas hidrogen, ini membuatkan peranti terapung dengan mudah apabila terjatuh.

Comet-Phone-2

Comet-Phone-2

Spesifikasi Comet ialah skrin 4.7″ AMOLED HD, pemproses Snapdragon 810, RAM 4GB, muatan dalaman 32/64 GB dan kamera 16 Megapixel depan serta belakang.

Harga jualan pula bermula dari USD249 (RM1063) sebuah. Peranti ini masih di dalam fasa prototaip dan sedang cuba mengumpulkan dana untuk penghasilan secara komersial. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Indiegogo

https://www.youtube.com/watch?v=wK3U_JuRxB0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori