Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di...

Tiga Beranak Maut Dalam...

PEKAN - Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Exora mereka terbabas lalu berpusing...

Mujahid Tak Wajar Berselindung...

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri...

Tempoh Kempen PRU14 Ambil...

KUALA LUMPUR — Penentuan tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan mengambil...

Asus Malaysia Akan Membawakan Zenwatch 2 Disember Ini

PADA Jun yang lepas, Asus telah memperkenalkan ZenWatch 2 di mana acara perasmiannya berlangsung di acara Computex, Taiwan.

Pengenalan jam pintar terbabit turut diperkenalkan pada acara IFA minggu ini.

Lanjutan daripadanya, pihak Asus Malaysia telah mengesahkan jam pintar terbabit akan memasuki pasaran tempatan pada penghujung tahun 2015 ini, atau selewatnya pada awal tahun hadapan.

ZenWatch 2 hadir dalam dua variasi saiz iaitu satu bersaiz dengan skrin 1.6 inci dan satu lagi menggunakan skrin bersaiz 1.45 inci.

Ini sekaligus menjadikan jam tangan pintar dengan skrin empat-segi ini sesuai pada tangan lelaki dan wanita, sama ada bersaiz besar atau kecil.

Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android Wear, dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.

asus-zenwatch-2-0002-2-640x427-c

Dari segi spesifikasi, ZenWatch 2 menggunakan skrin AMOLED, cip Snapdragon 400, memori 512MB RAM, dan ruangan storan 4GB.


Pihak Asus dipetik mengatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 2 hari melalui jam tangan pintar ini. Seperti biasa, pengecas khusus diperlukan untuk mengecas jam tangan pintar ini.

Harga jualan untuk jam tangan pintar ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini bagi pasaran tempatan. Di Eropah, versi asas ditawarkan pada harga €149 (lebih kurang RM705).

Dengan pihak Asus menawarkan pelbagai peranti mereka pada harga yang mesra pelanggan, mungkin kita turut boleh nantikan jam tangan pintar Android Wear ini ditawarkan pada suatu harga yang tidak terlalu mahal di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: hzq

Sumber: Technave

https://www.youtube.com/watch?v=CH0kXPCeiZ8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori