Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Germanwings: Co-Pilot Masukkan Ubat...

MAKLUMAT terbaharu yang dikumpulkan oleh pasukan penyiasat nahas pesawat Germanwings mendapati, terdapat kemungkinan...

Petugas Parti Belum Naikkan...

MUAR : Perang bendera dan poster parti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih...

Umur Lelaki Ini 50...

SIAPA lelaki yang kini jadi viral gambarnya di laman Twitter seperti mana yang...

MAS Menang Anugerah Syarikat...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysia Airlines (MAS) masing-masing memenangi Anugerah Khidmat Cemerlang...

Apple Watch Akan Ditawarkan Di Singapura Pada 12 Jun

APPLE telah mula menawarkan jam tangan pintar mereka di beberapa buah negara, dan kini mereka akan memperluaskan penawarannya kepada tujuh lagi negara baru pada bulan Jun ini.

Salah satu negara yang turut tersenarai pada pengenalan untuk fasa kedua ini adalah negara jiran terdekat kita, Singapura.

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple khusus untuk pengguna platform iOS.

Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri khusus seperti menjawab panggilan, integrasi Siri, kebolehan melihat notifikasi dan sebagainya.

Apple Watch hadir dalam pelbagai variasi dan dua saiz skrin yang berbeza.


Di Singapura, ia akan ditawarkan melalui Apple Online Store, selain beberapa kedai pengedar terpilih.

Dengan pelancaran ia di Singapura, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak unit memasuki pasaran tempatan secara tidak rasmi sementara menantikan pelancaran dan pengenalan rasmi Apple di Malaysia.

Sumber: Apple

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori