Samsung Galaxy S7 Edge Di Pasaran Malaysia Mulai 18 Mac

KUALA LUMPUR – Samsung Galaxy S7 edge yang menampilkan kamera dwipiksel pertamanya akan dipasarkan di Malaysia bermula 18 Mac ini.

Pengurus Bahagian Produk Samsung Malaysia Electronics, Go Benn Lee berkata kamera dwipiksel Galaxy S7 edge itu akan menghasilkan imej lebih jelas dan terang, sekalipun dalam cahaya malap.

Selain itu telefon pintar tersebut juga kalis air dan sesuai untuk semua cuaca serta kegiatan lasak di luar rumah, katanya dalam pratonton Galaxy S7 edge, di sini hari ini.

Beliau juga berkata telefon pintar itu dipertingkat dari segi jangka hayat bateri, kecekapan pemproses serta perisian yang dioptimumkan.

“Telefon ini dilengkapi kriteria yang amat sesuai untuk golongan yang aktif dan sentiasa bergerak,” katanya. – BERNAMA

Loading...