Wanita Di Scotland Jadi Popular Sebab Mirip Angelina Jolie

SEORANG wanita yang berasal dari Scotland ini ternyata sangat beruntung kerana dia memiliki iras wajah serta sangat mirip dengan pelakon A-list Hollywood, Angelina Jolie.

Chelsea Marr, 24, mula terkenal selepas kawannya menghantar gambarnya di sebuah laman web sekali gus berjaya menarik perhatian pengguna laman sosial serta menjadi sensasi internet.

[WANITA DI BRAZIL MENYERUPAI MEGAN FOX DAPAT PERHATIAN]

wm1
Chelsea Marr miliki bibir seksi sama seperti Angelina Jolie.

Memiliki bibir penuh, mata menawan serta bentuk muka yang sama dengan pelakon filem Salt, Chelsea yang tinggal di Aberdeen berjaya memperolehi lebih 45 ribu pengikut di laman instagramnya.

Gemar berkongsikan gambar-gambar selfie di laman instagram miliknya, Chelsea sememangnya akan membuatkan orang ramai keliru dengan penampilannya yang begitu sama dengan isteri kepada kepada pelakon tampan, Brad Pitt.

Sebelum ini, seorang wanita dari Brazil juga telah mendapat perhatian umum kerana memiliki iras wajah yang sama dengan pelakon menawan di Hollywood, Megan Fox.

– MYNEWSHUB.CC

wm4

wm5

https://www.youtube.com/watch?v=mIKWUVgBiHI

Loading...