Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terus Kempunan Julang...

HANOI - Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki...

Anwar Minta Perbaiki Tandas...

PETALING JAYA - Bakal Perdana Menteri ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peduli...

Himpunan Pemandu Teksi Bertukar...

PUTRAJAYA - Perhimpunan aman yang dijadual berlangsung hari ini melibatkan 3,000 pemandu teksi...

Pendedahan Zaid Ibrahim Bukan...

BERA - Pendedahan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Sing...

Wan Raja, Isteri Hampir Diculik Lanun Ketika Honeymoon

Siapa sangka, hanya kerana bergelar selebriti, pelakon Wan Raja dan isteri, Yaya Maembong berhadapan ancaman bahaya hingga perlu dikawal oleh pihak berkuasa ketika berada di Pulau Mabul, Sabah.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Wan Raja yang berhadapan detik cemas dalam hidup mereka apabila disyaki menjadi sasaran penculikan lanun ketika berbulan madu, sekitar Februari lalu.

Menurut pelakon filem ‘… Dalam Botol’ ini, perkara tersebut terjadi selepas ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.

wan raja1.jpg
Gambar pelakon Wan Raja dan isteri, Yaya Maembong bercuti di Pulau Mabul, Sabah.

“Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun.

“Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis. Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Wan, secara kebetulan ketika itu drama Teman Lelaki Upahan yang turut dibintanginya selaku Yazeed iaitu suami kepada Zarra lakonan Izara Aishah sedang ditayangkan di TV3 membuatkan ramai mengenalinya.


Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, Wan Raja dan isterinya yang juga kakak kepada Emma Maembong mengambil keputusan untuk pulang lebih awal sejurus mengetahui perkara itu.

“Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dan pihak berkuasa memang mengawal ketat serta memastikan keselamatan saya dan isteri terjamin sepanjang berada di sana,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yaya Maembong kini disahkan mengandung enam minggu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori