Video: Tonton Adele Nyanyi Lagu ‘Hello’ Live Pertama Kali

SEMEMANGNYA ramai yang teruja apabila penyanyi dari Britain, Adele kembali membawa fenomena dan auranya dalam industri muzik dengan lagu terbaharunya yang berjudul Hello.

Pasti ramai yang ternanti-nantikan penyanyi berusia 27 tahun itu menyanyikan lagu tersebut secara langsung bukan?

Ya, saksikan persembahan Adele yang ditayangkan secara eksklusif menerusi sebuah program terbitan stesen BBC Music baru-baru ini.

[MUZIK VIDEO LAGU HELLO, ADELE PECAH REKOD VEVO]

adele-hello-video-xavier-dolan-tristan-wilds
Adele dalam muzik video terbarunya, Hello.

Program yang diacarakan oleh hos, Graham Norton itu menyaksikan mereka berbual mengenai kemunculan semula Adele baru-baru ini.

“Saya hanya mahu memastikan semuanya teratur untuk saya agar saya dapat melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” ujar Adele.

Jom sama-sama kita tonton sedikit daripada persembahan Adele menerusi program itu di bawah ini.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...