Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Pengasih Dibina Di...

LUMUT - Sebuah pusat pemulihan Pengasih dibina di Teluk Dalam, Pulau Pangkor bagi...

Menarik! Cara Mengesan Pemandu...

SALAH satu perkara yang menyakitkan hati pengguna kenderaan adalah terlibat dengan kes langgar lari.Biasanya pihak...

Penaja Tarik Diri, Soo...

TERNYATA khabar yang tersebar mendakwa pihak penaja bagi ‘Konsert Solo Pertama Soo Wincci’ telah tarik diri...

PSM Sahkan Bersih 4...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan perhimpunan Bersih 4 pada 29...

Video Boria Suka-Suka Upin & Ipin, Top Trending 2014

PETALING JAYA – Klip video animasi lagu Boria Suka-Suka Upin & Ipin mencatat rekod tontonan video hiburan tertinggi menerusi laman YouTube Malaysia bagi Top Trending Videos YouTube Malaysia 2014.

Klip video terbitan Les’ Copaque Produsction yang dimuat naik di YouTube pada 2 Januari 2014 itu ditonton melebihi 2.18 juta orang.

YouTube Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu memaklumkan rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega 2013 bagi minggu ke sepuluh turut mencatat rekod tontonan tertinggi.

Rancangan yang menampilkan persembahan kumpulan Sepahtu itu ditonton seramai 1.38 juta orang, selepas ia dimuat naik di laman portal video berkenaan pada 20 Januari 2014.

Persembahan peserta Ceria Popstar 2 di konsert semi-final Kilauan Emas 4 turut mencatatkan trending apabila ia ditonton melebihi 986,000 orang.

Peserta berkenaan menyampaikan lagu daripada Hattan iaitu Rindu Bertandang Lagi dan Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain.

Video berkenaan dimuat naik pada 27 Mei 2014.


Persembahan kumpulan Shiro pada minggu ke lapan dalam Maharaja Lawak Mega 2013 pula menduduki trending seramai 896,057 tontonan.

Video itu dimuat naik pada 6 Januari 2014.

Najwa Latif

Bagi Top Trending Music Video pula, lagu Najwa Latif yang dimuat naik menerusi laman portal rasminya pada 2 Februari 2014 mencatat tontonan bagi artis tempatan tertinggi iaitu seramai 2.63 juta orang.

Kumpulan WARIS yang berkolaborasi dengan Datuk Hattan menerusi lagu Gadis Jolobu pula memperoleh catatan 2.12 juta tontonan selepas dimuat naik pada 17 Mac 2014.

Datuk Siti Nurhaliza pula mencatatkan rekod tontonan sebanyak 1.59 juta menerusi lagunya Jaga Dia Untukku. Video muzik itu dimuat naik pada 21 Ogos 2014. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori