Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengasas QuadrigaCX Mati Bersama...

PUSAT pertukaran kriptowang Kanada, QuadrigaCX mungkin berdepan masalah besar selepas pengasasnya, Gerald Cotten,...

Mangsa Banjir Sarawak Menurun...

KUCHING - Sejumlah 195 orang mangsa banjir di Sarawak telah pulang ke rumah...

Pengundi Seri Setia Perlu...

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan pengundi...

PH Hilang Kerusi Di...

BERA : Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi selepas borang penamaan calonnya bagi...

VIDEO: Nyanyian Siti Nurhaliza Tribute Buat Nik Aziz Kini Viral

KEHILANGAN mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.


Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah malam tadi di laman Instagramnya.

 

Al-Fatihah… – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori