Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ali Rustam Gesa Usahawan...

KUALA LUMPUR - Semua usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) digesa agar segera...

JKE Minimumkan Impak Isu...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) adalah bagi meminimumkan impak sebarang...

ASEAN Mesti Tegas Hadapi...

SINGAPURA - Bekas Presiden Indonesia Prof Dr Susilo Bambang Yudhoyono menyeru negara anggota...

Sunnah Bernikah Di Bulan...

SELAIN puasa sunat 6 Syawal, mendirikan rumah tangga juga merupakan salah satu sunnah di...

Vanidah Imran: Tuhan Masih Beri Saya Peluang Untuk Hidup

Walaupun diuji dengan nahas kebakaran kereta miliknya, pelakon Vanidah Imran tetap menzahirkan rasa syukurnya kehadrat Ilahi kerana terselamat daripada musibah tersebut.

BACA: Vanidah Imran Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Terbakar

“Tuhan masih beri saya peluang untuk hidup dan saya memanjat kesyukuran di atas apa yang terjadi,” jelasnya yang akui tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Vanidah turut bercerita tentang detik cemas ketika berhadapan dengan kejadian itu.

Menurut pelakon filem Wanita Melayu Terakhir ini, dia ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Kampung Pandan selepas selesai penggambaran drama Rekah bagi siaran Aidilfitri.

1-1-1-14

“Ketika kejadian saya cuba untuk tidak panik. Cuma saya tidak menyedari rupa-rupanya ada keluar asap dari bahagian enjin. Hinggalah ada pemandu trak yang memberitahu perkara berkenaan.

“Apabila saya masuk di kawasan bercahaya baharu nampak apa yang dimaksudkannya dan api mula kelihatan. Saya terus memandu kereta ke kiri jalan. Cuma semasa menekan brek tangan, ia seperti tidak berfungsi sepenuhnya. Saya terpaksa merentap brek tangan.


“Tanpa melengahkan masa, saya capai beg tangan dan cabut telefon daripada pengecaj dan lari ke sisi kereta. Saya disuruh orang yang menyaksikan kejadian itu untuk lari lebih jauh daripada kereta kerana bimbang akan berlaku letupan namun kemudian pihak bomba menjelaskan kereta itu tidak akan meletup sebaliknya hanya akan terbakar,” katanya.

Screen-Shot-2015-04-17-at-12-37-20-PM_1

Sementara itu, Vanidah mendedahkan dia sendiri berasa pelik kerana sebelum kejadian itu tiada sebarang petanda yang menunjukkan kereta itu berada dalam keadaan teruk.

Bagaimanapun, Vanidah meluahkan rasa berterima kasih kepada pihak bomba, polis trafik, PLUS Malaysia Berhad (PMB) dan  beberapa pengguna jalan raya yang membantu dirinya ketika kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori