Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lee Cadang Wujud Yayasan...

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar kerajaan...

Harga Rumah Mampu Milik...

PULAU PINANG - Parti Gerakan membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya...

Kerajaan Tak Akan Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berikrar untuk tidak memberi ruang kepada keganasan atau ekstremis...

Khayal Masuk Kandang Buaya

FLORIDA - Selepas nyaris dibaham buaya, seorang lelaki berusia 23 tahun kini menghadapi...

Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) sebelum ini pernah kecoh dengan kemelut dalaman persatuan melibatkan aktres jelita, Vanidah Imran.

BACA: Vanidah Imran Larikan Buku Cek Persatuan Seniman?

Terbaharu, Vanidah selaku bendahari Seniman telah dilucutkan jawatan selepas didakwa melarikan buku cek milik persatuan tersebut.

Menurut Presiden Seniman Zed Zaidi, keputusan itu diputuskan selepas mesyuarat jawatankuasa bersidang pada Mac lalu dan mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk melucutkan jawatan Vanidah sebagai bendahari.

“Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

“Jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak),” katanya.


Konflik bermula apabila AJK Seniman mendakwa Vanidah melarikan buku cek dan enggan memberi kerjasama apabila diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi dan membayar gaji pekerja.

Permasalahan ini juga mengakibatkan persatuan itu sukar untuk menjalankan aktiviti dan melakukan sumbangan kebajikan.

Ekoran itu, Zed Zaidi telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember lalu.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori