Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

JDT Bakal Kuasa Besar...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang meningkat untuk menjadi antara...

GAMBAR: Siapa Kata Rumah...

SIAPA tak suka rumah yang dihias indah dengan susun atur yang kemas bukan?Meskipun...

Projek Lebuh Raya Pan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan...

Pak Guard Muat Naik...

PADAH memuat naik status berunsur ugutan jenayah, seorang pengawal keselamatan menjadi viral di...

Umie Aida Reda Rumah Hadiah Perkahwinannya Kena Lelong

LANJUTAN daripada isu perisytiharan muflis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia terhadap ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan, semestinya tempias tersebut turut dirasai isteri beliau yang juga pelakon terkenal negara, Datin Umie Aida.

[BACA INI JUGA : Rumah Dilelong RM2.1 Juta, Suami Umie Aida Dakwa Tak Tahu]

Semalam, penthouse mewah milik pasangan tersebut yang terletak di Mont Kiara telah dilelong dalam satu sesi lelongan di Hotel Istana. Kisahnya, kediaman berkenaan merupakan hadiah perkahwinan daripada Khairuddin buat Umie dahulu.

KONDO / KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Memetik kenyataan pelakon itu dalam portal Berita Harian,” Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang.

“Hidup pasti ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hamba-Nya.”


Rumah tersebut yang dilelong pada harga RM2.1 juta, juga dibeli pada harga sama oleh seorang individu wanita lingkungan lewat 40-an setelah dia menjadi pembida tunggal.

Apa pun, sejuk hati mendengar jawapan Umie Aida. Bertuah lelaki jika punyai isteri yang sentiasa sudi bersama tidak kira ketika susah mahu pun senang sepertinya. – MYNEWSHUB.CC 

Rakaman Majlis Perkahwinan Datuk Khairuddin Abu Hassan Dan Datin Umie Aida

https://www.youtube.com/watch?v=0s7f_ln0MjY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori